31 Januari 2009

Hubungi Saya


Email : hasanbashri@ymail.com


Laman Kelab :

Friendster

facebook

26 Januari 2009

ETIKA KERJA BERKUALITI PENYELENGGARA STOR

1.PEMBERSIHAN BILIK STOR
  • Menyapu kawasan lantai
  • Membesih rak-rak
  • Menyapu sawang-sawang
  • Membersih dinding
  • Membersih cermin

2. PENGAWASAN KEADAAN DALAM STOR

F
  • Memastikan barang-barang dan alat sentiasa di dalam keadaan tersusun dan teratur
  • Memastikan Bin-bin kad sentiasa berada di tempat barang berkenaan
  • Memastikan barang-barang di dalam keadaan baik dan boleh digunakan
3. KESELAMATAN DALAM STOR
  • Memeriksa kerosakan kepada bangunan stor
  • Memastikan alat pemadam api berada di tempat yang sesuai dan sentiasa berkeadaan baik
  • Memastikan pelatih-pelatih dan orang tidak berkenaan tidak di benarkan memasuki stor
  • Memastikan semua tingkap dan pintu hendaklah di pasang grill
  • Memastikan suis sentiasa di tutup sebelum meninggalkansetor
  • Memastikan pintu-pintu dan tingkap di kunci sebelum meninggalkan stor

4. PENGELUARAN BAHAN LATIHAN DARI STOR
  • Tenaga pengajar mengisi borang pengeluaran bahan (BPB) dalam dua salinan dan ditandatangani
  • Kedua-dua salinan hendaklah di hantar kepada penyelenggaran setor untuk semakan setor dan pengesahan setor cukup untuk dikeluarkan. Jika setor tidak mencukupi penyelenggaran setor perlu mengubah kualiti dan menandatangani ringkas di tempat yang diubah
  • Tenaga pengajar perlu membawa yang telah di semakkepada pengurus untuk kelulusan
  • Penyelenggaraan setor mengeluarkan barang-barang setelah diluluskan oleh pengurus
  • Penyelenggara setor memastikan ia menandatangani setelah mengeluarkan barang dan tenagaperlu menandatangani sekali lagi sebagai tanda penerimaan
  • Salinan pertama disimpan oleh penyelenggara setor dan salinan kedua oleh pemohon
  • Setelah barang dikeluarkan penyelenggara setor perlu mengemaskinikan Buku Daftar Stok, kad lejar dan kad Bin

5.PENERIMAAN BAHAN LATIHAN DARI PEMBEKAL
F

  • Pembekal menghantar barang yang dipesan dan mengemukakan inbois dan borang pesanan (L.O) kepada penyelenggara setor dalam (nota hantaran (N.H) mungkin disertakan)
  • Penyelenggara setor memeriksa barang-barang yang diterima dan memastikan bahan mutu dan jumlah barang tersebut adalah sebagai yang di pesan di borang pesanan (B.P).(pemeriksaan dilakukan bersama pemohon dan seorang pemeriks yang dilatih khas)
  • Memastikan bahawa pembekal telah menandatangani diruangan “Perakuan mengenai mutu“ di borang pesanan (L.O) yang berkenaan
  • Memastikan setor atau pemohon mestilah menandatangani inbois dan nota serahan (D.O) sebagai tanda penerimaan
6.MENYEMPURNAKAN KERJA PEMBELIAN
F
  • Semak Borang Pesanan yang telah dikeluarkan dan pastikan barang-barang telah dihantar dengan sempurna
  • Jika penghantaran belum disempurnakan buat susulan dengan pembekal yang berkenaan
7.PEMBELIAN BAHAN LATIHAN
F

  • Tenaga pengajar mengisi Borang Pemohonan pembelian dalam 3 salinan dan hantar kepada penyelenggara setor
  • Semak barang yang hendak dibeli dan pastikan
  • Semak barang yang hendak dibeli dan pastikan barang-barang yang hendak dibeli tidak mencukupi/ tidak ada didalam stok
  • Pastikan nama, tandatangan dan cawangan tercatit di dalam borang permohonan pembelian
  • Hantar borang tersebut kepada kerani untuk menentukan peruntukan mencukupi dan jenis pembelian
  • Hantar borang tersebut kepada pengurus untuk diluluskan

20 Januari 2009

Rukun Islam

Pertama,Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Syahādah (الشهادة), atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam keesaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasulnya. Mengucap dua kalimah syahadah merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam. Apabila dinyatakan dengan kuat secara ikhlas, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan diri sebagai penganut baru Islam.

Kedua,Sembahyang

Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu merupakan salah satu dari Rukun Islam.
Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.
Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.
Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.

Waktu-waktu solat

Solat Zohor Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu. Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Solat Asar Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari. Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Solat Maghrib Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang. Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
Solat Isyak Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq. Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Solat Subuh Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari. Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Syarat wajib solat:
Islam
Baligh
Berakal
Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan

Syarat sah solat:
Suci badan dari dua hadas besar dan kecil.
Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.
Menutup aurat.
Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)
Yakin masuk waktu solat.
(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ia tidak menepati syarat sah solat)

Perkara-perkara yang membatalkan solat:
Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
Makan/minum walau sedikit.
Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
Meninggalkan rukun solat.
Murtad

Rukun Solat

Rukun solat ada 13:
1.Niat.
2.Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama).
3.Berdiri bagi yang mampu.
4.Membaca surah Al-fatihah.
5.Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
6.Iktidal dengan tama'ninah.
7.Sujud dua kali, dengan tama'ninah.
8.Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.
9.Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
10.Duduk dalam Tasyahhud akhir.
11.Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir.
12.Membaca salam.
13.Tertib.
Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. (Tidak rukun bila solat jemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan al-quran:-dan hendaklah kamu diam bila quran dibacakan

Ketiga,Berpuasa di Bulan Ramadhan

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makanan atau minuman untuk suatu jangkamasa yang tertentu.

Keempat, Mengeluarkan Zakat

Zakat (زكاة) (dari kata tazakka - mensucikan) (bahasa Inggeris: almsgiving atau tithing) ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. Ia merupakan rukun ketiga dari Rukun Islam.
Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang.
Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:

Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.

Kelima,Mengerjakan Haji (jika mampu)

Mengerjakan haji merupakan salah satu daripada Rukun Islamyang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. Firman Allah Taala :
(ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين)
Artinya: "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)."

19 Januari 2009

Iman

Erti Iman (الإيمان) secara harafiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah. Dengan itu orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin). Siapa yang percaya maka dia dikatakan beriman. Perkataan Iman (إيمان) diambil dari kata kerja 'aamana' (أمن) -- yukminu' (يوءمن) yang bererti 'percaya' atau 'membenarkan'. Perkataan Iman yang bererti 'membenarkan' itu disebutkan dalam al-Quran, di antaranya dalam surah at-Taubah ayat 62 yang bermaksud:
"Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada para orang yang beriman."
Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota."
Aisyah r.a. pula berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota."
Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah: "Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)."
Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.

ISLAM

Islam (B. Arab: الإسلام; al-'islām (bantuan·maklumat); disebut:(aslama, yuslimu, islaman) merupakan agama Ibrahim monoteistik yang berasal dengan pengajaran dari Nabi Islam Muhammad s.a.w., seorang tokoh politik dan keagamaan Arab abad ke-7. perkataan Islam bermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah (B. Arab الله, Allāh).[1] Seorang penganut Islam dikenali sebagai Muslim, bermaksud "seorang yang tunduk [kepada Allah]".[2][3] Terdapat antara 1 bilion ke 1.8 bilion Muslim, menjadikan Islam agama kedua terbesar di dunia, selepas Kristian.[4]
Muslim percaya bahawa Allah mewahyukan Al-Qur'an kepada Nabi Muhammad s.a.w., penutup segala Nabi Allah, dan menganggap Al-Qur'an dan Sunnah (sabda dan amalan Nabi Muhammad s.a.w.) sebagai sumber utama Islam.[5] Umat Islam tidak menganggap Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pengasas agama baru, tetapi sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., dan lain-lain nabi. Tradisi Islam menegaskan bahawa Yahudi dan Kristian memutarbalikkan wahyu yang Allah berikan kepada nabi-nabi ini dengan mengubah teks atau memperkenalkan tafsiran palsu, atau kedua-duanya.[6]
Islam memerintahkan banyak amalan keagamaan. Penganut Islam umumnya dikehendaki memegang Rukun Islam, yang merupakan lima tanggungjawab yang menyatukan Muslim ke dalam sebuah masyarakat.[7] Selain itu, hukum Islam (syariah) telah membangunkan hukum yang menyentuh pada hampir semua aspek kehidupan dan kemasyarakatan. Tradisi ini meliputi segalanya dari hal praktik seperti hukum pemakanan dan perbankan kepada jihad dan zakat.[8]
Hampir kesemua Muslim tergolong kepada salah satu dari dua mazhab terbesar, Sunah (85%) dan Syiah (15%). Perpecahan berlaku pada lewat abad ke-7 berikutan ketidaksetujuan atas kepimpinan politik dan keagamaan masyarakat Islam. Islam adalah agama paling berpengaruh di Afrika dan Timur Tengah, serta di sebahagian besar Asia. Komuniti besar juga ditemui di China, Semenanjung Balkan di Eropah Timur dan Rusia. Terdapat juga sebahagian besar komuniti pendatang Muslim di bahagian lain dunia, seperti Eropah Barat. Sekitar 20% Muslim tinggal di negara-negara Arab,[9] 30% di subbenua India dan 15.6% di Indonesia, negara Muslim terbesar mengikut populasi.[1