27 Februari 2009

Sejarah GIATMARA Bangi

Pusat Giat Bangi telah mula beroperasi pada 2 Januari 1993 dengan diketuai oleh
seorang Pengurus, tiga orang Tenaga Pengajar dan seorang Pegawai Kerani.
Memandangkan bangunan Pusat Giat Bangi pada ketika itu masih dalam proses
pengubahsuaian, sebahagian dari ruang pejabat di Ibu Pejabat GIATMARA dan Pusat
GIAT Kuala Lumpur telah dijadikan pejabat sementara bagi menjalankan aktiviti –
aktiviti pentadbiran dan pengurusan. Dalam masa yang sama, permohonan-
permohonan untuk mengikuti kursus percetakan mula diterima. Justeru itu keputusan
telah di ambil untuk memulakan sessi pertama Kursus Asas Teknologi Percetakan
dengan menggunakan kemudahan yang di beri oleh Pusat Giat Banting iaitu sebuah
bengkel bagi menempatkan 4 buah mesin yang terdiri dari satu unit mesin MO, 2
unit mesin TOK dan satu unit mesin pemotong kertas.

Kursus bagi sessi pertama telah dimulakan pada 2 Jun 1993, dengan pengambilan
seramai 9 orang pelatih yang terdiri dari 7 orang pelatih lelaki dan 2 orang pelatih
perempuan. Mereka telah dilatih cara-cara mengendalikan mesin cetak secara amali.
Pelatih-pelatih juga telah didedahkan dengan kerja-kerja projek sebenar seperti
mencetak borang-borang, kepala surat, sijil-sijil, brochure, poster, program dan kerja-
kerja berwarna untuk kegunaan GIATMARA Ibu Pejabat dan Pusat-pusat GIAT.


Seperti yang dirancang pelatih-pelatih dikehendaki menjalani latihan selepas
waktu pejabat bagi membiasakan mereka kepada keadaan sebagaimana yang lazim
dipraktikkan oleh Syarikat-syarikat Percetakan apabila kerja-kerja perlu disiapkan
dengan segera. Pendedahan yang sedemikian penting untuk memberi pengalaman
yang berguna kepada setiap pelatih untuk diaplikasikan apabila tamat kursus dan
memulakan kerjaya dalam bidang percetakan.


Pada bulan Januari 1994 Pejabat Pentadbiran Pusat GIAT Bangi berpindah dari Ibu
Pejabat GIATMARA ke Pusat GIAT Bangi. Mesin-mesin percetakan di Banting
kemudiannnya ditempatkan di Pusat GIAT Bangi. Ketika itu proses pengubahsuaian
sedang berjalan. Latihan percetakan di teruskan juga dengan menggunakan tenaga generator.


Sejajar dengan perkembangan Pusat GIAT Bangi dan bagi menerima kemasukkan
peserta kursus yang lebih ramai bilangannya, pengambilan kali kedua telah dibuat
di Pusat GIAT Bangi pada 1 Februari 1994. Sambutan terhadap kursus ini juga amat
menggalakkan. Terdapat lebih daripada 200 permohonan telah diterima bagi
mengikuti kursus ini daripada seluruh negara. Setelah melalui beberapa proses
temuduga seramai 87 orang pelatih telah dipilih untuk mengikuti Kursus Asas
Teknologi Percetakan bagi sessi 1/94, dan 9 orang pelatih-pelatih Peringkat Asas
sessi 1/93 juga telah ditawarkan mengikuti kursus di peringkat Sijil Tinggi Teknologi percetakan untuk tempoh 6 bulan. Mereka ini di latih menjalankan mesin-mesin yang lebih moden dan terkini serta mendalami lagi bidang-bidang tertentu.


Pada bulan Mei 1994, mesin-mesin pencetak mulai di test run berperingkat-peringkat.
Pada awal bulan Jun, mesin-mesin siap di test run. Dlam masa yang sama bekalan
elektrik sepenuhnya diperolehi. Maka bermulalah kursus sebenar seperti yang
dirancang.


Kelewatan pengambilan pelatih-pelatih dan seterusnya kelawatan menjalani latihan
terpaksa di harungi dengan berbagai cara. Di antaranya bagi mendapatkan semula
masa yang terlepas, latihan-latihan terpaksa dilaksanakan sehingga lewat malam.


Untuk memberi perhatian yang lebih kepada setiap individu pelatih,agar dapat
menguasai teknik-teknik menjalankan mesin-mesin dalam masa yang singkat, dua
kumpulan terpaksa diujudkan. Pelatih-pelatih yang mempunyai kenderaan sendiri
iaitu seramai 22 orang dipilih mengikuti sessi malam (5.00 – 11.30 malam ) dengan
dua orang tenaga pengajar. Seramai 74 orang lagi pelatih terus mengikuti latihan
sebelah pagi.


Bagi memantapkan lagi pengalaman mereka, latihan ‘ On The Job Training’ diperkenalkan selama satu bulan dalam bidang pre-press dan penjilidan di Syarikat-syarikat swasta. Mereka diberi latihan secara bergilir-gilir di Syarikat Percetakan yang berkemahiran tinggi seperti berikut :-

a) Syarikat Tien Wah Press Petaling Jaya
(Syarikat bukan Bumiputera)
b) Syarikat Ampang Press
(Syarikat Bumiputera)
c) Syarikat Printelligence
(Syarikat Jepun)
d) Dewan Bahasa dan Pustaka
(Agensi Kerajaan)
e) Syarikat Etlas Grafik
(Syarikat Bumiputera)


Dari segi melahirkan produk yang berkualiti, pelatih-pelatih diberi didikan
merangkumi rohani dan jasmani, di mana pelatih-pelatih dikehendaki berkawat

selama 20 minit setiap hari. Sembahyang berjemaah di galakkan di Surau Pusat Giat
Bangi.

Majlis-majlis agama pada setiap 2 minggu serdang di rancang dengan rapi dan untuk
ini satu jawatankuasa surau telah diujudkan bagi menggiatkan aktiviti ini. Di samping
itu, kuliah-kuliah agama juga diadakan, dan matapelajaran yang di tekankan
ialah Tajwid Al-Quran, Tauhid, Fekah, Tasauf dan Akhlak Islam.

Sehubungan dengan matlamat di atas, satu program motivasi untuk pelajar-pelajar
telah diadakan selama 3 hari dengan bantuan Pensyarah-pensyarah Universiti

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

welldone frend. tahniah atas usaha anda mengadakan blog.