Majlis MARA meluluskan penubuhan GIATMARA pada tahun 1986 bagi menghasilkan K-Entrepreneur dan K-Workers dalam pelbagai bidang pekerjaan sejajar dengan permintaan masyarakat setempat.
Kini GIATMARA telah mula menawarkan program komuniti di beberapa Pusat GIATMARA. Program berjangka pendek ini menerapkan falsafah pembelajaran sepanjang hayat dan sebagai permulaan, Pusat Komuniti GIATMARA Tanjung Agas, Johor dan Pusat Komuniti GIATMARA Pongsu Seribu, Pulau Pinang telah mula beroperasi.
Pusat GIATMARA menawarkan Kursus Sepenuh Masa dan Jangka Pendek. Tempoh Kursus Sepenuh Masa adalah di antara 6 bulan hingga 12 bulan. Antara kursus yang ditawarkan adalah Mekanik Teknologi Radio dan Pendawaian Elektrik Domestik. Manakala Kursus Jangka Pendek adalah di antara 2 hari hingga 6 bulan meliputi kursus-kursus seperti Literasi Komputer dan Rakaman Video Kamera.
GIATMARA menggalakkan pelatih-pelatih yang telah tamat program supaya menceburkan diri dalam bidang keusahawanan melalui Program Inkubator.
GIATMARA memainkan peranan penting dalam mendidik pelatih melalui program latihannya di dalam dan luar negara.
Pengurusan GIATMARA sentiasa proaktif dan kreatif sebagai pemangkin dalam memperkayakan kemahiran masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan